Tanah Runtuh | Pemasangan kanvas masih belum boleh dilakukan

2022-03-23 0

Kerja pembaikan dan penutupan kawasan tebing runtuh dengan kanvas plastik tidak dapat dilakukan pada masa ini, susulan keadaan tanah yang masih tidak stabil.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Sr Azami Mohd Nor, masih berlaku pergerakan tanah sehingga melebihi 400 meter setakat pagi tadi.